Di dunia ini, apa yang kita tahu
manusia tidak dicipta secara kebetulan. Namun penuh tujuan dan penelitian.
Manusia diwujudkan dengan sebermulanya kisah Adam dan Hawa yang menjadi makhluk
pertama menduduki dunia yang fana ini. Kita semua istimewa. Diciptakan
sebagai hamba-Nya dan khalifah di muka bumi ini. Disayangi oleh-Nya tidak kira
apa latar belakang dan pangkat kita sekalipun. Oleh itu, wajibnya bagi kita
untuk membuat segala kebaikan terhadapnya kerana apa yang dikurniakan oleh-Nya
kepada kita adalah tidak setimpal yang diberinya kepada kita. Kadangkala
adalah lebih mudah menyayangi orang lain berbanding diri sendiri. Kita
sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, namun kita gagal dalam
menghormati dan mencintai diri sendiri. Kita memang perlu buat baik dengan
orang lain, namun tetap perlu bersederhana dan berhati-hati. diri sendiri
seharusnya diberi perhatian penuh kerana keihlasan yang wujud dalam melakukan
sesuatu tugasan adalah hasil daripada jiwa yang tenang dan ikhas. Namun,
pernahkah anda semua terfikir apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
menyayangi diri sendiri?
Seseorang yang mencintai dirinya
sendiri tidak akan sengaja terjebak dengan kebinasaan. Elakkanlah
menzalimi diri sendiri dengan berbuat jahat dan tidak mentaati Allah. Kerana
hakikatnya setiap perbuatan kita (baik atau buruk), kita sendirilah yang akan
menanggung kesannya kelak. Malahan dalam
Islam juga menyuruh kita memperbaiki diri sendiri di samping menyeru kepada
orang lain. Sebelum memberi kasih sayang kepada orang lain, izinkan diri
sendiri merasai dahulu kemanisan kasih sayang sebenar.
“Wahai orang-orang yang
beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.”(Surah At-Tahriim: ayat 6)
Jatuh bangun
lumrah kehidupan! tapi senyum sahaja
Dalam hidup
ini pasti akan ada sahaja dugaan, akan ada orang yang tidak selesa dengan
kita.Namun yang penting bukan apa mereka kata, namun cara kita menangani
perbuatan dan perkataan daripada orang lain. Pandangan kita terhadap diri
sendIri adalah lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap kita. Namun
tidaklah pula sehingga terlalu mementingkan diri sendiri. Elakkanlah
sentiasa bergantung dengan rasa suka mahkhluk. Rasa obses yang menggunung
kepada selain Allah. Apa yang lebih penting adalah rasa suka Allah. Jangan
bimbang jika kita tidak dihargai hari ini, namun bimbanglah jika diri kita
tidak berharga. Seperti kata para hukama, “Jika kita dapat menguasai
diri kita, kita dapat menguasai dunia.” Itulah pentingnya mendekatkan diri
dengan Allah, supaya kita sentiasa rasa yakin, merasa diri kita berharga
sebagai khalifah dan penuh pengharapan hanya untuk mendapat keredaan-Nya. Kita
adalah pemandu hidup kita sendiri. Jadi hanya kita (dengan izin Allah) dapat
mengawal diri kita.
“Mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih dicintai Allah SWT daripada mukmin yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Orang yang kuat bukan saja cuba melakukan yang terbaik untuk orang lain,
namun untuk dirinya sendiri. Dia
perlu bangkit untuk orang sekelilingnya juga. Jika suatu hari kita gagal bukan
bermaksud kita ini lemah, namun yakinlah di saat itu kita belum lagi berjumpa
kekuatan. Teruslah cari potensi diri untuk menjadi lebih kuat dan beerti.
Dan jangan cepat putus asa, kerana mungkin dalam diam ada yang menyayangi dan
mengagumi diri kita. oleh itu, seandainya kita diuji oleh Allah SWT, maka
katakanlah dalam diri kita bahawa itu cuma sekadar perhiasan untuk menerangi
jiwa yang indah buat masa mendatang. Semoga ia bermanfaat buat semua.
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment