Thursday, July 12, 2018

Umai-Makanan Tradisional Sarawak




Umai adalah masakan tradisi orang Sarawak, ada yang menyamakan Umai ini seperti Sushi tetapi dalam bentuk yang berbeza. Untuk rasa yang lebih sempurna ikan yang digunakan untuk membuat umai adalah "ikan perang". Umai merupakan makanan yang selalu dimakan oleh masyarakat melanau terutamanya. Makanan ini diproses dalam keadaan mentah bermula daripada ikan sehinggalah proses pencampuran bahan sehigga sebati.  Bukan itu sahaja umai bukanlah boleh didapati dalam bentuk ikan sahaja tetapi ia juga wujud dengan resepi yang baharu seperti umai obor-obor, umai udang dan juga umai kerang. Berikut merupakan resepi untuk membuat umai ikan. Sekiranya mahu bahan yang berbeza seperti obor  dan lain-lain tukar sahaja ikan dan gantikan dengan bahan yang hendak dimakan.


Bahan-Bahan

100g isi ikan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara-Cara


Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus.
Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.

*Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak

No comments:

Post a Comment