Masalah
tidur dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin berleluasa dan menjadi
faktor berlakunya masalah ke atas kesihatan setiap individu. Salah satu masalah
yang biasanya berlaku juga kepada individu adalah susah untuk tidur pada waktu
malam. Masalah susah untuk dapatkan tidur yang mencukupi ini akan menyebabkan
diri kita tidak bermaya di siang hari dan akan menggangu aktiviti-aktiviti kita
seharian. Berikut merupakan cara untuk mengatasi masalah tidur yang menggangu
kehidupan seharian kita.
1. Salah
satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memaksa diri kita untuk
tidur awal iaitu diantara jam 10 – 11 malam. Jika waktu semakin lewat malam
maka semakin susah untuk kita tidur dan kita tidak akan dapat waktu tidur yang
mencukupi. Pada awalnya, cara ini sememangnya sukar untuk dilakukan. Tetapi sekiranya
selalu diamalkan insya….Allah akan mendatangkan hasil yang diimpikan.
2. Seterusnya,
jauhkan diri dari telefon bimbit. Telefon akan menganggu tidur kita. Tutup atau
nyahbunyikan telefon bagi mengelakkan mesej atau call dari orang lain. Jika
kita asyik melayan telefon maka kita tidak akan sedar waktu semakin lewat malam
dan kita tidak dapat tidur dengan lena kerana gangguan. Pastikan anda ada
matlamat dan anda ingin perkara yang anda impikan berhasil. Oleh itu, disiplin
kan diri dan sentiasa mengingati untuk kearah kebaikan.
3.
Kurangkan cahaya atau tutup terus lampu. Cahaya yang terang boleh menyebabkan
kita tidak dapat melelapkan mata. Kita akan lebih mudah lena jika tidur dalam
keadaan gelap. Tutup segala sumber cahaya lain seperti skrin laptop dan juga cahaya
dari telefon bimbit. Keadaan yang gelap boleh membantu kita untuk tidur dengan
lebih lena. Sekurang-kurangnya pakai lah lampu tidur sekiranya tiada rasa
berani untuk tidur dalam gelap.
4. Antara
cara lain yang boleh diamalkan ialah, kurangkan bunyi bising seperti lagu atau
radio. Tidur dalam keadaan sunyi dan tenang. Bunyi bising sudah tentu menganggu
kita untuk tidur. Boleh pasang bacaan ayat Al Quran supaya dapat memberi
ketenangan kepada diri kita dan memudahkan diri kita untuk terlelap dan tidur. Sekiranya
bunyi terlalu keterlaluan, proses untuk kita tidur akan terganggu dan
menyebabkan perubahan perasaan kita akan berubah.
5. Akhir
sekali, elakkan sama sekali terlebih tidur di siang hari. Ini kerana tidur di
siang hari merupakan faktor utama kita susah untuk tidur pada waktu malam. Ya
tidur yang berlebihan pada waktu siang akan menyebabkan diri kita susah untuk
tidur lena pada waktu malam. Jika mahu tidur siang boleh iaitu tidur sekejap
pada waktu tengahari. Ia akan memberi kita rehat dan dapat melakukan segala
kerja dengan lebih segar dan bermaya. Tidur pada waktu siang boleh tetapi
kurangkan. Anda boleh tidur paling lama adalah selama 2 jam. Tetapi sekiranya
tidur berlebihan maka anda akan merasa lebih susah untuk tidur pada waktu malam.
Konklusinya,
untuk mengatasi masalah tidur sebenarnya tidak ada cara khusus yang betul-betul
boleh berkesan kepada setiap orang. Ini kerana diri setiap orang adalah berbeza
cara penerimaan mereka dan berbeza gaya hidup mereka seharian. Kita hanya boleh
berikhtiar untuk mendapat rehat yang cukup pada waktu malam seterusnya membantu
kita melakukan pekerjaan dalam keadaan segar dan bertenaga pada waktu siang.
Mendapat waktu tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan kita. Kita
perlulah berusaha untuk menjaga kesihatan diri kita dengan sebaik mungkin. Untuk
mendapatkan hasil yang baik, ia adalah bermula dari kesanggupan diri kita
sendiri.
No comments:
Post a Comment