Teh
hijau adalah satu minuman yang
sangat memberi khasiat kepada kesihatan seseorang individu. Jika sebut Green
tea kita akan fikir dari Jepun. Ini kerana, orang Jepun minum teh hijau dan
mengamalkan minuman ini seperti air kosong yang masyarakat Malaysia selalu
amalkan. Teh ini sememangnya mempunyai banyak khasiat. Seperti yang kita boleh
lihat, tahap kesihatan masyarakat Jepun sangat baik. walaupun sudah berusia
tetapi masih bertenaga dan sihat. Segelintir individu juga tidak
suka untuk meminum air ini disebabkan baunya yang wangi dan tiada rasa apa-apa.
Tetapi, disebalik air Teh hijau ini mempunyai banyak khasiat yang tersendiri.
Teh
hijau berasal dari daun tanaman Camellia sinensis yang hanya dikukus, sehingga
mencegah hilangnya kandungan katekin. Sedangkan teh hitam atau teh oolong
dibuat dari daun yang difermentasi, sehingga menyebabkan hilangnya senyawa anti
oksidan. Ia telah lama dikenali sebagai pengganti minuman seperti kopi, yang
lebih sihat kerana rendah kandungan kafein berbanding kopi. Ia juga sangat
popular di seluruh dunia sebagai makanan, minuman, suplimen makanan kesihatan
serta kosmetik sekarang banyak di buat dari ekstrak teh hijau. Beberapa
penelitian ilmiah di seluruh dunia menemukan bahwa yang minum teh ini secara
teratur lebih rendah memiliki risiko menderita sakit jantung dan bahkan kanker.
Dibandingkan dengan teh biasa, teh ini memiliki lebih rendah kafein.
1.
Pertama, membantu untUk membina sel sihat. Teh hijau
mengandungi cathechin. Catechins adalah antioksidan yang melawan
dan menghalang kerosakan sel. Pemprosesan dan penyediaan minuman
teh ini adalah sangat ringkas. Jadi, ianya kaya dengan catechins.
Sel individu yang mengamalkan teh hijau ini akan lebih sihat berbanding orang
yang mengamalkan kopi dan nescaffe.
2.
Seterusnya, jantung pengamal teh hijau akan jauh lebih sihat. Ini kerana,
teh hijau terbukti
dapat meningkatkan aliran darah dan merendahkan
kolestrol. Laporan pada tahun 2013 terhadap pelbagai kajian menunjukkan
teh ini membantu menghalang pelbagai masalah berkaitan
jantung daripada tekanan darah tinggi hinggalah masalah jantung tersumbat.
Bauanya yang sangat wangi juga boleh mengurangkan masalah stress yang dihadapi
oleh setiap individu.
3.
Kesihatan Otak. Apa yang baik untuk jantung selalunya baik untuk otak,
sebab otak juga memerlukan sistem peredaran darah yang sihat juga.
Dalam satu kajian di Swiss, ujian MRI menunjukkan individu yang minum teh hijau
mempunyai otak yang lebih cerdas dan aktif. Teh ini juga membantu
menghalang terjadinya Alzheimer. Alzheimer merupakan satu jenis
penyakit yang menggangu sistem ingatan manusia. Oleh itu, individu yang
mengamalkan air teh hijau akan dapat mengurangkan masalah lupa yang mereka
hadapi.
4.
Bukan itu sahaja, teh hijau juga boleh membantu menghidarkan diri daripada
penyakit diabetes. Ia juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah
pada penghidap penyakit kencing manis disebabkan oleh catechins yang
berfungsi untuk merendahkan kolestrol dan tekanan darah. Jika anda ingin
menghindari daripada kencing manis, anda boleh minum teh ini dan mengamalkan ia
selalu.
5.
Sebenarnya juga, the hijau ini membantu untuk pengurangan berat badan Teh
ini membantu meningkatkan dan mengubah metabolisme, jadi tubuh
dapat membakar kalori daripada lemak.Kajian menunjukkan teh hijau
membantu mengekalkan berat badan ideal. Menggantikan minuman manis dengan
teh hijau adalah lebih menyihatkan.
6.
Mengurangkan Stress atau Tekanan. Minum teh membantu kita
lebih relax. Sejenis asid amino iaitu theanine dalam teh ini
membantu memberikan kesan tenang. (Kalau anda rasa stress atau tertekan
minumlah air teh tapi jangan pula minum terlalu banyak).
Sebenarnya,
banyak lagi kelebihan teh hijau ni terhadap kesihatan, Oleh itu, untuk
mendapatkan kesihatan yang baik. Bolehlah mengamalkan teh hijau ini demi
menjaga tahap kesihatan kita.
No comments:
Post a Comment